10 July 2011

HALAL-HARAM: APA KAYU UKURNYA?




laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...




salam sejahtera diucapkan kepada jiwa-jiwa yang bersemadi di dalam batang tubuh setiap manusia. setinggi-tinggi selawat dipanjatkan kepada nabi-nabi, rasul-rasul dan para washi yang mulia. segala puji bagi tuhan pencipta sekalian alam yang dengan limpah rahmatnya berkenan menyampaikan perkara perintahNya dengan perantaraan utusan-utusan suci. maha suci tuhan yang tidak sekali-kali beranak dan tidak pula diperanakkan.






hari ni 10 julai 2011. sehari selepas perhimpunan BERSIH. aku tak pegi perhimpunan tu, sebab aku kat perak skang ni. tapi aku ade follow perkembangan perhimpunan ni melalui video2 kat youtube. memang dahsyat tuan2, perhimpunan bersih ni. lautan orang ramai berarak di jalan menuntut pilihanraya bersih. video-video yang aku tengok ada pelbagai. ada yang elok, ada yang tidak elok. sebenarnya aku dah janji kat last post nak buat entry pasal demokrasi, tapi tajuk bersih ni irresistable sangat. so aku nak buat satu lagi entry pasal bersih, tapi kali ni berkenaan apa yang disebut sebagai perhimpunan HARAM.






APA YANG HARAM?



salah satu sebab yang sangat prevail bagi FRU untuk turun padang bersama-sama penguatkuasa yang lain adalah kerana perhimpunan bersih tidak mendapat permit polis, justeru ia berstatus HARAM. apa makna haram tuan2? apa kriteria haram? situasi yang mana yang haram? apa kayu ukurnya? kelihatannya konsep halal-haram, yang asalnya dimobilisekan oleh islam untuk memelihara ummatnya daripada kekotoran dan penyimpangan, telah dilebarkan skopnya meliputi apa sahaja yang tidak kena pada mata kerajaan. kriteria ini jelas menyimpang daripada tujuan asal konsep halal-haram diperkenalkan kepada ummat manusia. menurut pemerhatian aku yang tak seberapa ni, sesuatu perbuatan itu hanya boleh diklasifikasikan haram oleh kerajaan sekiranya ia memudaratkan orang lain. ini pengertian haram yang umum. sekarang cuba kita applykan konsep ni kat perhimpunan bersih plak. apa yang mudarat? aku tengok video kat youtube, dan aku tengok mereka ni ada melayu, cina ,india, islam, bukan islam, muda, tua, lelaki dan perempuan. mereka berkumpul, berjalan, menghantar memo dan pulang. lalu apa yang mudarat?



BERSIH + FRU = MUDARAT




yang mudarat ialah apabila perhimpunan yang asalnya aman dihalang daripada berlangsung oleh pasukan penguatkuasa yang terpaksa mengikut arahan pihak atasan untuk menghalang para peserta perhimpunan. sesungguhnya ini adalah satu hal yang kontradik. demonstrator tak mungkin berundur, polis pun tak mungkin berundur, lalu kekerasan terjadi. gas pemedih mata ditembak. air disembur. ada yang mati sebab sesak nafas. satu nyawa melayang. sekarang baru situasinya memudaratkan. so siapa yang salah? penguatkuasa atau demonstrator?


dua-dua tak salah. yang salah adalah pihak kerajaan kerana memaksa dua kelompok rakyat yang tidak berdosa bertempur antara satu sama lain. mengapa diharamkan perhimpunan bersih ni? apa rasionalnya? takut jalan sesak? kalau begitu, haramkan semua jenis perhimpunan. thaipusam, maulidur rasul, larian amal, hari al-quds, jom heboh, semuanya. semua yang memerlukan pengumpulan massa harus diharamkan kerana menyebabkan lalu lintas sesak. lagi apa sebabnya? peniaga tak boleh meniaga? siapa suruh tak bukak? peniaga malahan boleh mengaut keuntungan berlipat ganda dengan perhimpunan bersih, seandainya penguatkuasa tak kacau mereka. mereka bukan nak hancurkan kedai2 kat situ. bukan. mereka cuma nak jalan, laung slogan, hantar memo dan balik. takde sorang demonstrator pon yang bawak senjata. jadi kekerasan tidak dimulakan di pihak demonstrator. on the other hand, yang lengkap bersenjata adalah pasukan penguatkuasa. jadi, logik akal menyatakan kekerasan bermula di pihak kerajaan. dan, sebab yang menghalalkan pihak penguatkuasa membantai para demonstrator pula tidak benar. lagi apa yang menyebabkan bersih ni haram? tidak mendapat permit? mengapa tak bagi? mereka dah mohon, tapi tak bagi, dan alasan bagi ketidak lulusan ini pula tidaklah boleh diterima akal. beberapa hari sebelum berlangsungnya pehimpunan, presiden BERSIH, Ambiga Srivanesan bersetuju, setelah disaran oleh DYMM YDPA, untuk membatalkan hasratnya berhimpun di jalan, dan meneruskan agenda mereka di stadium. akan tetapi suatu bentuk kebaculan terlihat di pihak kerajaan apabila tidak membenarkan sebarang stadium di kuala lumpur digunakan untuk perhimpunan BERSIH. lalu apa yang tinggal bagi demonstran ini?




HALAL-HARAM: SEBUAH INTROSPEKSI




sudah terlalu lama konsep yang mulia ini disalahgunakan. halal dan haramnya sesuatu perbuatan itu telah berada di telapak tangan kerajaan, dan bukan lagi berlandaskan akal dan etika masyarakat. jikalau di dalam islam, kayu ukur bagi halal dan haram sesuatu itu ditentukan oleh syarak, maka apa pula kayu ukur di dalam sistem pemerintahan dalam menentukan halal-haramnya sesuatu perbuatan itu? paling penting, apakah yang dibenarkan kerajaan itu yang seharusnya halal, ataupun yang halal itu yang harus dibenarkan kerajaan? andaikan kita berpegang kepada prinsip bahawa apa yang dihalalkan kerajaan itulah yang halal. maka halal-haram tertakluk kepada pertimbangan kerajaan. ia tidak universal. maka, andainya suatu hari nanti DAP memegang tampuk, dan mereka mengharamkan maulidurrasul, apakah maulidurrasul berubah hukumnya menjadi haram? kalau kerajaan adalah kayu pengukur kepada halal-haramnya suatu perbuatan, maka umat islam di pulau pinang tidak perlu melenting dengan tindakan Lim Guan Eng menghentikan sekejap maulidurrasul di sana. mengapa perlu melenting, dah kerajaan pulau pinang kata haram, haram la. andai selepas ni DAP mengharamkan azan dilaungkan secara kuat, apakah umat islam melayu yang berpegang kepada konsep halal=kerajaan akan mematuhi perintah ini? kalau korang nak patuh, i have no more to say. tapi akal yang waras tentunya menentang penindasan hak seperti ini. lantas apakah tindakan kerajaan mengecop bersih sebagai haram kerana tak dapat permit itu benar atau sebuah pelanggaran hak di dalam sistem demokrasi?





ADIL: JALAN PENUH DURI




peristiwa bersih ni mengingatkan aku kepada sebuah demonstrasi yang terjadi lebih kurang seribu tahun yang lalu. demonstrasi tu, walaupun jumlah yang menghadirinya tidaklah seramai perhimpunan bersih, tapi agendanya lebih kurang sama, berkisar soal keadilan versus kezaliman. kekuatan pasukan kerajaan yang ditugaskan menggagalkan demonstrasi in berjumlah ratusan orang tentera yang terdiri daripada tentera berkuda dan infantri. manakala kekuatan para pendemonstrator ini hanyalah 73 orang yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri. kerajaan zaman itu telah mengharamkan mana-mana rakyat untuk berbaiat dengan para pendemonstrator ini. mereka dituduh murtad, kerana menentang pemerintah, dan darah mereka halal. 73 orang demonstrator yang bangkit menentang kerana kezaliman pemerintah akhirnya mati dibunuh kejam, dengan ketua demonstrator itu disembelih dan kepalanya di julang dihujung tombak dan diarak ke istana. alasan-alasan yang digunakan kerajaan untuk menentang bersih, adalah serupa dengan alasan yang digunakan oleh kerajaan zaman itu untuk menentang demonstrator yang tertindas itu. siapakah para demonstrator itu? dialah Hussayn ibni Ali, cucu Rasulullah, buah hati Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Talib. dialah penghulu pemuda syurga, yang selalu dilihat bersama rasul s.a.a.w, bemain-main di pangkuan baginda. Hussayn dan 72 orang pengikutnya serta ahli keluarganya telah bangkit menentang kepimpinan yazid ibn muawiyah, khalifah umawiyyah ke-2, yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan. di zaman itu majoriti bersama kerajaan. majoriti bersetuju dengan kerajaan. lalu adakah Hussayn bersalah kerana menentang korupsi yang telah menjadi budaya? adakah Husayn bersalah kerana degil dan terus berdemonstrasi walaupun kerajaan sudah mengisytiharkan haram untuknya? apakah Rasul s.a.a.w tidak pandai mendidik keluarga baginda tentang kebenaran dan kebatilan sehingga Husayn begitu buta dan bertindak menentang kebenaran? dan lebih penting, adakah, dalam situasi ini, suara Hussayn dan 72 orang ahli keluarga Hussayn tidak dikira sebagai suara rakyat? sungguh, tragedi menyayat hati yang menimpa Hussayn dan ahli keluarganya di Karbala adalah simbolik yang memberitahu kita bahawa, perangilah ketidak adilan walaupun kamu keseorangan. perangilah kezaliman walaupun kamu sedikit. semoga tragedi karbala memberi hidayah kepada yang mahu menerima hidayah. sekian.
































0 Respon:

Post a Comment