10 July 2011

HALAL-HARAM: APA KAYU UKURNYA?




laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...




salam sejahtera diucapkan kepada jiwa-jiwa yang bersemadi di dalam batang tubuh setiap manusia. setinggi-tinggi selawat dipanjatkan kepada nabi-nabi, rasul-rasul dan para washi yang mulia. segala puji bagi tuhan pencipta sekalian alam yang dengan limpah rahmatnya berkenan menyampaikan perkara perintahNya dengan perantaraan utusan-utusan suci. maha suci tuhan yang tidak sekali-kali beranak dan tidak pula diperanakkan.






hari ni 10 julai 2011. sehari selepas perhimpunan BERSIH. aku tak pegi perhimpunan tu, sebab aku kat perak skang ni. tapi aku ade follow perkembangan perhimpunan ni melalui video2 kat youtube. memang dahsyat tuan2, perhimpunan bersih ni. lautan orang ramai berarak di jalan menuntut pilihanraya bersih. video-video yang aku tengok ada pelbagai. ada yang elok, ada yang tidak elok. sebenarnya aku dah janji kat last post nak buat entry pasal demokrasi, tapi tajuk bersih ni irresistable sangat. so aku nak buat satu lagi entry pasal bersih, tapi kali ni berkenaan apa yang disebut sebagai perhimpunan HARAM.






APA YANG HARAM?



salah satu sebab yang sangat prevail bagi FRU untuk turun padang bersama-sama penguatkuasa yang lain adalah kerana perhimpunan bersih tidak mendapat permit polis, justeru ia berstatus HARAM. apa makna haram tuan2? apa kriteria haram? situasi yang mana yang haram? apa kayu ukurnya? kelihatannya konsep halal-haram, yang asalnya dimobilisekan oleh islam untuk memelihara ummatnya daripada kekotoran dan penyimpangan, telah dilebarkan skopnya meliputi apa sahaja yang tidak kena pada mata kerajaan. kriteria ini jelas menyimpang daripada tujuan asal konsep halal-haram diperkenalkan kepada ummat manusia. menurut pemerhatian aku yang tak seberapa ni, sesuatu perbuatan itu hanya boleh diklasifikasikan haram oleh kerajaan sekiranya ia memudaratkan orang lain. ini pengertian haram yang umum. sekarang cuba kita applykan konsep ni kat perhimpunan bersih plak. apa yang mudarat? aku tengok video kat youtube, dan aku tengok mereka ni ada melayu, cina ,india, islam, bukan islam, muda, tua, lelaki dan perempuan. mereka berkumpul, berjalan, menghantar memo dan pulang. lalu apa yang mudarat?



BERSIH + FRU = MUDARAT




yang mudarat ialah apabila perhimpunan yang asalnya aman dihalang daripada berlangsung oleh pasukan penguatkuasa yang terpaksa mengikut arahan pihak atasan untuk menghalang para peserta perhimpunan. sesungguhnya ini adalah satu hal yang kontradik. demonstrator tak mungkin berundur, polis pun tak mungkin berundur, lalu kekerasan terjadi. gas pemedih mata ditembak. air disembur. ada yang mati sebab sesak nafas. satu nyawa melayang. sekarang baru situasinya memudaratkan. so siapa yang salah? penguatkuasa atau demonstrator?


dua-dua tak salah. yang salah adalah pihak kerajaan kerana memaksa dua kelompok rakyat yang tidak berdosa bertempur antara satu sama lain. mengapa diharamkan perhimpunan bersih ni? apa rasionalnya? takut jalan sesak? kalau begitu, haramkan semua jenis perhimpunan. thaipusam, maulidur rasul, larian amal, hari al-quds, jom heboh, semuanya. semua yang memerlukan pengumpulan massa harus diharamkan kerana menyebabkan lalu lintas sesak. lagi apa sebabnya? peniaga tak boleh meniaga? siapa suruh tak bukak? peniaga malahan boleh mengaut keuntungan berlipat ganda dengan perhimpunan bersih, seandainya penguatkuasa tak kacau mereka. mereka bukan nak hancurkan kedai2 kat situ. bukan. mereka cuma nak jalan, laung slogan, hantar memo dan balik. takde sorang demonstrator pon yang bawak senjata. jadi kekerasan tidak dimulakan di pihak demonstrator. on the other hand, yang lengkap bersenjata adalah pasukan penguatkuasa. jadi, logik akal menyatakan kekerasan bermula di pihak kerajaan. dan, sebab yang menghalalkan pihak penguatkuasa membantai para demonstrator pula tidak benar. lagi apa yang menyebabkan bersih ni haram? tidak mendapat permit? mengapa tak bagi? mereka dah mohon, tapi tak bagi, dan alasan bagi ketidak lulusan ini pula tidaklah boleh diterima akal. beberapa hari sebelum berlangsungnya pehimpunan, presiden BERSIH, Ambiga Srivanesan bersetuju, setelah disaran oleh DYMM YDPA, untuk membatalkan hasratnya berhimpun di jalan, dan meneruskan agenda mereka di stadium. akan tetapi suatu bentuk kebaculan terlihat di pihak kerajaan apabila tidak membenarkan sebarang stadium di kuala lumpur digunakan untuk perhimpunan BERSIH. lalu apa yang tinggal bagi demonstran ini?




HALAL-HARAM: SEBUAH INTROSPEKSI




sudah terlalu lama konsep yang mulia ini disalahgunakan. halal dan haramnya sesuatu perbuatan itu telah berada di telapak tangan kerajaan, dan bukan lagi berlandaskan akal dan etika masyarakat. jikalau di dalam islam, kayu ukur bagi halal dan haram sesuatu itu ditentukan oleh syarak, maka apa pula kayu ukur di dalam sistem pemerintahan dalam menentukan halal-haramnya sesuatu perbuatan itu? paling penting, apakah yang dibenarkan kerajaan itu yang seharusnya halal, ataupun yang halal itu yang harus dibenarkan kerajaan? andaikan kita berpegang kepada prinsip bahawa apa yang dihalalkan kerajaan itulah yang halal. maka halal-haram tertakluk kepada pertimbangan kerajaan. ia tidak universal. maka, andainya suatu hari nanti DAP memegang tampuk, dan mereka mengharamkan maulidurrasul, apakah maulidurrasul berubah hukumnya menjadi haram? kalau kerajaan adalah kayu pengukur kepada halal-haramnya suatu perbuatan, maka umat islam di pulau pinang tidak perlu melenting dengan tindakan Lim Guan Eng menghentikan sekejap maulidurrasul di sana. mengapa perlu melenting, dah kerajaan pulau pinang kata haram, haram la. andai selepas ni DAP mengharamkan azan dilaungkan secara kuat, apakah umat islam melayu yang berpegang kepada konsep halal=kerajaan akan mematuhi perintah ini? kalau korang nak patuh, i have no more to say. tapi akal yang waras tentunya menentang penindasan hak seperti ini. lantas apakah tindakan kerajaan mengecop bersih sebagai haram kerana tak dapat permit itu benar atau sebuah pelanggaran hak di dalam sistem demokrasi?





ADIL: JALAN PENUH DURI




peristiwa bersih ni mengingatkan aku kepada sebuah demonstrasi yang terjadi lebih kurang seribu tahun yang lalu. demonstrasi tu, walaupun jumlah yang menghadirinya tidaklah seramai perhimpunan bersih, tapi agendanya lebih kurang sama, berkisar soal keadilan versus kezaliman. kekuatan pasukan kerajaan yang ditugaskan menggagalkan demonstrasi in berjumlah ratusan orang tentera yang terdiri daripada tentera berkuda dan infantri. manakala kekuatan para pendemonstrator ini hanyalah 73 orang yang terdiri daripada ahli keluarga mereka sendiri. kerajaan zaman itu telah mengharamkan mana-mana rakyat untuk berbaiat dengan para pendemonstrator ini. mereka dituduh murtad, kerana menentang pemerintah, dan darah mereka halal. 73 orang demonstrator yang bangkit menentang kerana kezaliman pemerintah akhirnya mati dibunuh kejam, dengan ketua demonstrator itu disembelih dan kepalanya di julang dihujung tombak dan diarak ke istana. alasan-alasan yang digunakan kerajaan untuk menentang bersih, adalah serupa dengan alasan yang digunakan oleh kerajaan zaman itu untuk menentang demonstrator yang tertindas itu. siapakah para demonstrator itu? dialah Hussayn ibni Ali, cucu Rasulullah, buah hati Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Talib. dialah penghulu pemuda syurga, yang selalu dilihat bersama rasul s.a.a.w, bemain-main di pangkuan baginda. Hussayn dan 72 orang pengikutnya serta ahli keluarganya telah bangkit menentang kepimpinan yazid ibn muawiyah, khalifah umawiyyah ke-2, yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan. di zaman itu majoriti bersama kerajaan. majoriti bersetuju dengan kerajaan. lalu adakah Hussayn bersalah kerana menentang korupsi yang telah menjadi budaya? adakah Husayn bersalah kerana degil dan terus berdemonstrasi walaupun kerajaan sudah mengisytiharkan haram untuknya? apakah Rasul s.a.a.w tidak pandai mendidik keluarga baginda tentang kebenaran dan kebatilan sehingga Husayn begitu buta dan bertindak menentang kebenaran? dan lebih penting, adakah, dalam situasi ini, suara Hussayn dan 72 orang ahli keluarga Hussayn tidak dikira sebagai suara rakyat? sungguh, tragedi menyayat hati yang menimpa Hussayn dan ahli keluarganya di Karbala adalah simbolik yang memberitahu kita bahawa, perangilah ketidak adilan walaupun kamu keseorangan. perangilah kezaliman walaupun kamu sedikit. semoga tragedi karbala memberi hidayah kepada yang mahu menerima hidayah. sekian.
































04 July 2011

BERSIH 2.0: nothin' last forever





laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kesesatan...





semulia-mulia selawat dipanjangkan kepada junjungan besar mukminin dan mukminat, wakil-wakil Allah dimuka bumi. salam sejahtera buat sekalian makhluk tuhan. maha suci tuhan yang menurunkan wahyu dengan namaNya kecuali surah Bara'ah. maha suci tuhan yang dengan asma'nya yang mulia berkenan menjadikan hujjahnya tidak putus-putus memberikan sinar buat mereka yang kegelapan. seberat-berat laknat ditimpakan ke atas mereka yang layak ditimpa laknat. semoga kita berlepas diri daripada mereka...







entry kali ni aku sengaja memilih tajuk berbahasa inggeris. mungkin hanya tajuk tu yang dapat describe tentang apa yang aku nak sampaikan kali ni. apa lagi kalau bukan mengenai 'gelombang kuning' yang bakal melanda negara 9 julai ni, gabungan pilihanraya yang bersih dan telus atau akronimnya BERSIH. sesungguhnya fenomena bersih ini merupakan suatu fenomena yang menarik untuk dikupas daripada pelbagai perspektif, kerana dinamis dan kadar kebolehpercayaan yang tinggi terhadap mekanisme BERSIH ini dalam memastikan 'semua orang buat kerja'. aku tak nak bercakap daripada sudut politik kepartian. aku dah hilang kepercayaan kat mane2 parti. semua barisan kotor bagi aku. baik pembangkang mahupun kerajaan. dua2 tak boleh blah. entry kali ni aku nak bercakap dari sudut ilmiah semata-mata. kepada abang ISA, jangan risau aku tak pegi perhimpunan tu nanti. tak yah nak stalk blog aku yang tak popular ni.






Monopoli


sangat menarik untuk diperhatikan, bahawa iklim politik malaysia, sejak tercetusnya tsunami politik pada PRU 12, semakin menarik, dengan keseimbangan kuasa mula kelihatan. sudah tentu, di dalam sebuah negara yang demokrasi, keseimbangan kuasa sangat penting, kerana menurut teori ekonomi, pemusatan kuasa akan membawa kepada monopoli. kalau di dalam terma ekonomi, pengeluar akan memonopoli sumber dan harga produk, dalam politik pula kita boleh katakan bahawa pemusatan kuasa akan menyebabkan monopoli dalam proses pembuatan keputusan. adalah sesuatu yang sihat di dalam pasaran kuasa, untuk mempunyai lebih dari satu kuasa politik yang signifikan. ini akan menguntungkan rakyat. kewujudan persaingan akan menyebabkan kedua-dua pihak akan berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat, dan hasilnya, rakyat yang untung kerana bukan hanya satu, tapi dua kuasa politik ingin berbakti kepada mereka dengan cara yang efektif dan efisien.






BERSIH 3.0: Sebuah Prospek




ramai orang memberikan pandangan terhadap isu bersih ni. ada orang menganggap bersih sebagai 'saviour'. penyelamat kepada demokrasi malaysia yang semakin robot. sesetengah pihak pula berpendapat perhimpunan bersih tidak lain adalah agenda anwar, dan konco-konconya, dengan ditaja oleh zionis, untuk menimbulkan huru hara di dalam masyarakat. ade pulak yang mengaitkan perhimpunan bersih sebagai mengancam keselamatan negara. aku tidak memandang bersih dari kacamata pembangkang mahupun kerajaan. aku memandang bersih dari sudut demokrasi. ya, demokrasi. aku berkhayal tentang bersih ini sebagai sebuah prospek. prospek apa? prospek untuk menjadi sebahagian daripada non-organization, non-govermental political instrument. ape kejadah yang aku sedang merepek ni tuan-tuan? paham ke? tak paham? meh aku terangkan. aku sedang berangan-angan untuk melihat malaysia mempunyai satu set 'kuasa rakyat', atau dalam bahasa orang putih, people's power. people's power adalah satu instrumen atau alat demokrasi yang berada di luar pengaruh pembangkang mahupun kerajaan. alat ini berfungsi sebagai pengawal, pemantau, penegur dan subsequently penendang kepada mana-mana entiti atau organisasi yang assume power untuk memerintah tapi perangai macam haram jadah. contoh terbaik bagi keadaan ini adalah seperti di Filipina, yang mana sebarang kezaliman, penindasan, penyalahgunaan dan pelbagai lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang assume power, akan di 'coup d etat' oleh rakyat. eh, bukan. coup d etat tak tepat, sebab kuasa tu memang milik rakyat to begin with. so term yang tepat adalah reinstate. ya, reinstate. to restore the respective power to the place where it is originally belong. pendapat aku, bersih harus menjadi budaya politik malaysia mulai daripada sekarang. tidak kira siapa pun yang naik, pas, umno, pkr, dap, pasok momogun, apa sekalipun, lu langsi, lu mati. i consider this as one stage closer to pure democracy. people's power. pas, umno, pkr, bn, ni sume kuli rakyat. kita bos. lu orang buat taik, lu orang turun.





Keselamatan Negara vs Keselamatan Kerajaan



ada mulut mendakwa perhimpunan bersih ini mengancam keselamatan negara, kerana dikhuatiri akan ada pertempuran diantara pihak polis, penyokong dan pembangkang perhimpunan. mulut-mulut ini juga mendakwa disebabkan perhimpunan ini, peniaga menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan perniagaan. aku berpendapat, mereka (bersih) ini tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara walau sebesar kuman sekalipun. jangan salah faham. ini demonstrasi, bukan riot. ini protes, bukan dua kumpulan bergaduh di tengah jalan. bukan. menurut hemat aku, mereka ni tidak boleh dikategorikan sebagai mengancam negara, atas beberapa sebab. pertama, mereka mengumumkan segala-galanya. tarikh, masa, tempat, pakaian, peraturan, tentatif, semuanya. jelas. takde yang tersembunyi. yang kedua, mereka berjanji untuk berhimpun dengan aman. takde kacau bilau. takde gaduh-gaduh. takde bawak senjata. everything has been made CLEAR. so kita harus beri mereka peluang menunaikan janji-janji mereka untuk berhimpun dengan aman. yang ketiga, isu yang dibawa oleh mereka bukan isu sensitif. mereka tak suruh mansuhkan azan. mereka tak suruh melayu pegi mati. mereka tak suruh cina dan india pegi mati. mereka menuntut kebebasan untuk mengadakan perhimpunan, bagi membawa isu pilihanraya, yang menurut mereka tidak telus. soal betul atau tidak intipati tuntutan mereka, itu soal lain. soalan yang paling utama sekarang, mereka nak menguatkuasakan hak yang mereka kata ada termaktub di dalam perlembagaan, dan sebagai pihak yang sangat akrab dengan undang-undang, pihak berkuasa seharusnya tidak menghalang proses ini daripada berlangsung. perlu diingat, terdapat perbezaan di antara negara dan kerajaan. negara adalah tanahair, tempat lahir kita, tempat kita mencari rezeki, tempat kita hidup dan berkeluarga, serta mengamalkan kedaulatan rakyat tanpa campurtangan anasir luar. sementara kerajaan pula adalah entiti yang diamanahkan untuk menguruskan sumber-sumber negara secara cekap dan telus, menguatkuasakan undang-undang dengan semangat keadilan dan pembelaan terhadap hak asasi manusia yang tinggi. negara tidak boleh ditukar ganti. ketaatan kepada negara adalah 100%. sementara ketaatan kepada kerajaan pula adalah subjektif. selagi kerajaan memuaskan hati pemilik kuasa, iaitu rakyat, maka selagi itulah rakyat akan taat. akan tetapi, apabila rakyat tidak puas hati terhadap kepimpinan sesuatu kerajaan, mereka bebas untuk menukar kerajaan pada bila-bila masa seperti yang diperuntukkan. mengancam negara adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. tidak kira pembangkang atau bukan, ketaatan terhadap tanahair adalah absolute. dan mereka (bersih) ini adalah rakyat malaysia yang setia kepada DYMM sultan. mereka lahir di malaysia. mereka belajar untuk malaysia. mereka bekerja untuk malaysia. mereka bayar cukai. mereka menyumbang kepada ekonomi negara. soal mereka pembangkang atau tidak, itu belakang kira. adatlah, demokrasi mestilah ada pembangkang dan penyokong. tapi mereka setia pada negara, of that i can assure u. untuk pengetahuan kerajaan, sebenarnya yang menghadiri perhimpunan bersih itu nanti bukanlah semuanya pembangkang. ramai dikalangan mereka asalnya kipas susah mati (diehard fans) kerajaan. akan tetapi, kekecewaan mereka terhadap kerajaan telah menyebabkan mereka menyokong perhimpunan bersih ni. kalau nak diikutkan mereka bukan suka sangat dengan pembangkang, akan tetapi kekecewaan terhadap kerajaan mendorong mereka menyokong bersih ni sebagai 'pengajaran' kepada kerajaan, untuk tidak mengulang kembali kesilapan mereka. tu je. mungkin kerajaan tak nampak benda ni, tapi tu la hakikat yang terjadi. aku pon salah sorang orang yang frust ngan kerajaan pasal satu isu ni. terlebih lagi aku frust dengan tun mahathir, insan yang aku sanjung selama lebih 20 taun hidup kat bumi tuhan ni. frust dengan pembangkang yang provokatif dan kerajaan yang destruktif, aku membuat keputusan mendiamkan diri, sampailah muncul savior yang akan memenuhi bumi malaysia dengan keadilan, sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman. ok dah, back on track.




Bukan isu syariat



 aku tertarik dengan pendapat yang dikeluarkan oleh yang berbahagia al fadhl ustaz fathul bari mat jahaya. katanya, demonstrasi, kalau sampai membahayakan keselamatan orang lain, hukumnya haram (TEKAN SINI dan SINI. ) aku stuju hundred percent dengan kenyataan tu. kalau TUJUAN berhimpun tu nak mencederakan orang, nak merusuh dan merosak, hukumnya haram. takyah tanye ustaz, budak tak abes pafa pon boleh jawab. lalu apa kaitannya dengan bersih? berkali-kali dah diterangkan, bersih ni demonstrasi, bukan riot. bersih ni orang kumpul ramai-ramai, jalan pelan2 laung slogan, angkat banner, pegi tempat sasaran, antar memo dan pulang. rusuhan takde tempat sasaran. orang ramai berkumpul, buat kacau bilau, pecahkan barang, gaduh, bedarah, tak pulang-pulang (mati). ni perhimpunan aman. takde kacau bilau. ini sebahagian dari proses demokrasi. kepada al-fadl ustaz, ini bukan isu syariat. ini siyasah. dalam bersiyasah, rakyat malaysia dah memilih demokrasi, dan demonstrasi aman adalah sebahagian daripada proses demokrasi. kata-kata al-fadhl ustaz fathul bari ni sebenarnya mengingatkan aku kat sorang ulama wahhabi dari saudi, yang juga mengecam demonstrasi anti zionis sebagai buang masa. (klik sini dan sini.) fatwa anda sebijik macam ulama saudi ni. anda ni wahabi ke? aku tanye je , bukan aku tuduh. jangan melenting naa...

mampukah BERSIH menjadi alat demokrasi seperti di Filipina?



 NASIHAT



kepada peserta



nasihat aku kepada peserta yang nak menghadiri perhimpunan tu nanti, patuhi undang-undang. berikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang bertugas. berikan keutamaan kepada pengguna jalanraya. jangan mengucapkan kata-kata provokatif terhadap pihak berkuasa. beraraklah dengan aman. tenang. jangan kelam kabut. jangan buat kecoh. semoga perhimpunan itu nanti diberkati tuhan.




kepada pihak berkuasa



selamat bertugas. bertugaslah dengan berhemah. jangan menyalahgunakan kuasa yang ada. pandanglah mereka yang berarak sebagai manusia, bukan binatang. bantu mereka menyudahkan hajat mereka. kawal lalu lintas. rasional, jangan emosi. janganlah tangkap mereka, mereka tak buat jenayah. tolong berfikir secara rasional. tolong berikan kerjasama. mereka tak ancam keselamatan negara, mereka cuma tak puas hati dengan kerajaan, tu je.




kepada anti



jangan kacau perhimpunan ini. ini hak mereka, biarkan. kalau tak puas hati dengan mereka, nanti lepas ni anjurkan perhimpunan balas pula. tenang. jangan emosi. bertindak secara rasional. pandanglah mereka yang berhimpun ni sebagai manusia, bukan binatang. kita manusia, kita ada akal. jangan biarkan amarah menguasai akal. mereka tak pernah dendam dengan korang sikit pun. mereka cuma some portion of citizen yang rasa tertindas. masyarakat demokrasi berhak berbeza pendapat, simpan tu dalam otak.






kepada ambiga



aku tak tau lah berita tentang ambiga ni betol ke tak, tapi kalau betol ambiga ni anti melayu, well u alls sebagai melayu islam pikir sendiri lah. tapi kalau salah berita tu, im sorry ambiga.



kepada rakyat malaysia



lihat. inilah demokrasi. intipati demokrasi adalah people's voices, dan intipati people's voices adalah perbezaan pendapat. tidak ada satu demokrasi dalam dunia pun yang 100% rakyatnya bersetuju. tidak ada. so u guys have to accept the fact that we are allowed to be different against each other.





KESIMPULAN




inilah demokrasi. yang korang kejar-kejar sangat. pada aku demokrasi tak elok. mengapa tak elok? next post kita bincang. khuda hafiz.





29 June 2011

pluraliti di malaysia : hargai sebelum terlambat




laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...




sebanyak-banyak selawat di panjatkan kepada yang berhak menerima selawat. seikhlas-ikhlas salam diberikan kepada yang berhak menerima salam. puji-pujian kepada yang berhak menerima puji, dan laknat tuhan kepada mereka-mereka yang berhak menerima laknat.




pluraliti di malaysia sebenarnya bukan isu baru. sejak kita mencapai kemerdekaan, isu ini telah diulang tayang berulang kali, baik daripada sudut positif mahupun negatif. komposisi malaysia yang unik telah membantu mempromosikan malaysia di mata dunia. jarang-jarang wujud sebuah negara yang komposisinya pelbagai tapi hidup aman damai seperti di malaysia. hampir semua negara berkomposisi pelbagai mempunyai konflik antara etnik, tetapi tidak malaysia.dengan pengecualian kepada peristiwa 13 mei, kita berjaya memecahkan tradisi konflik etnik yang sepatutnya terjadi kepada negara berbilang etnik.




namun, dewasa ini, kebimbangan ke arah itu mulai wujud. satu demi satu kes yang melibatkan sensiviti kaum mula timbul. perhimpunan hindraf, pembakaran gereja, suruhanjaya antara agama, lina joy, interlok, peruntuhan kuil, pembinaan kandang babi, dan macam-macam lagi. semua isu ini membabitkan isu perkauman - sesuatu yang kita semua telah selesaikan lama dahulu. mengapa semua perkara ini terjadi?




kefahaman



terdapat tanda-tanda yang jelas di dalam masyarakat malaysia hari ini akan kurangnya kefahaman terhadap keperluan etnik-etnik yang lain. orang melayu, cina dan india gagal memahami keperluan satu sama lain. kegagalan ini mungkin disebabkan beberapa faktor, akan tetapi faktor yang jelas ialah kurangnya didikan awal daripada keluarga tentang peri pentingnya mengenal etnik lain selain etnik sendiri di malaysia. didikan keluarga amat penting. ibu bapa khususnya, harus memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang 'pantang larang' di dalam masyarakat malaysia. kita selaku negara yang berbilang kaum, punya diversiti, punya kepelbagaian, tidak dapat tidak akan mempunyai beberapa 'pantang larang' yang perlu dipatuhi, demi menjamin keamanan dan kestabilan sesama kumpulan etnik.






 toleransi



 kebanyakan masyarakat hari ini kurang faham akan maksud disebalik toleransi. apakah makna toleransi? apakah makna tolak ansur? tolak ansur bermaksud kita berlebih kurang. apakah maksud berlebih kurang? maksud berlebih kurang ialah, kita, di dalam satu komuniti yang pelbagai, haruslah memaafkan segala perlanggaran hak yang tidak signifikan bagi mengekalkan keharmonian yang lebih besar. tidaklah mungkin bagi kita rakyat malaysia untuk menguatkuasakan sepenuhnya hak kita tanpa melanggar hak orang lain.



 saya mengambil contoh, kata-kata seorang yang berketurunan cina yang meminta supaya laungan azan diperlahankan. permintaan ini jelas berlanggar dengan keperluan orang melayu yang sinonim dengan islam, iaitu seruan azan. azan itu memang tujuannya memanggil masyarakat islam supaya menunaikan solat, oleh itu memang keperluannya untuk dilaungkan dengan kuat. memanglah sedikit mengganggu masyarakat bukan islam, tetapi itulah perlunya toleransi. disinilah tolak ansur memainkan peranan. apakah tindakan masyarakat cina berniaga daging babi di pasar tidak mengganggu sensitiviti muslim di malaysia? apakah penjualan arak di kedai serbaneka tidak mengganggu masyarakat melayu di malaysia? apa perasaan kaum cina di malaysia sekiranya, atas alasan yang sama, iaitu mengganggu, masyarakat melayu muslim di malaysia menuntut mercun dan tarian singa diharamkan pada tahun baru cina? apa perasaan orang india jika orang cina meminta supaya thaipusam di adakan di rumah sahaja atas alasan mengganggu lalu lintas? sekiranya kita masing-masing berkeras tidak mahu bertolak ansur, tiada siapa pun yang dapat mengamalkan ajaran masing-masing kerana akan sentiasa berlanggar dengan hak sesuatu masyarakat. azan orang melayu menggangu tidur cina dan india. thaipusam india mengganggu lalu lintas cina dan melayu. daging babi di pasar mengganggu keyakinan orang melayu. cuba bayangkan kalau orang cina berkeras mahu thaipusam dihadkan. orang melayu mahu babi diharamkan pengeluaran dan penternakan. orang india mahu azan diperlahankan. dan kita semua tidak mahu bertolak ansur sedikit pun. apa akan jadi? rasa-rasa apa akan jadi?










                    PERANG!!!





ya, perang! harus diingat, nilai agama dan etnik adalah nilai yang sangat tinggi dipegang oleh mana-mana orang, dan manusia sanggup mati demi mempertahankan nilai ini. tidak kira melayu, cina mahupun india, andai nilai ini disekat atau diganggu, mereka tidak akan berdiam diri. semua orang akan berjuang bermati-matian mempertahankan hak masing-masing. melayu bunuh cina, cina bunuh india, india bunuh melayu. inilah yang terjadi semasa 13 mei. bukan ekonomi puncanya. bukan politik puncanya. orang melayu tak kisah kalah pilihanraya. tapi bila orang cina maki hamun orang melayu kat kampung baru dan menyentuh sensitiviti mereka, mereka marah dan membuat rusuhan, dan orang cina menyerang balas dengan perbuatan yang sama. dan akhirnya malaysia berada di dalam tempoh darurat untuk suatu tempoh yang agak lama, mengorbankan harta dan nyawa yang tidak terhitung nilainya. wahai melayu, cina dan india, lihatlah! lihatlah apa yang berlaku sekiranya tiada tolak ansur di dalam hidup bermasyarakat.






pengajaran



peristiwa 13 mei sebenarnya banyak mengajar kita tentang erti tolak ansur. erti jaga mulut. erti sopan santun. erti sensitiviti. terlalu mahal harga yang kita bayar semata-mata untuk menyedari kepentingan bertolak ansur dalam hidup bermasyarakat plural. nenek moyang kita, kalau depa hidup balik, mesti menangis tengok kita tak hargai "kelas tuisyen" yang mereka dah bagi kat kita dengan harga darah dan nyawa. ini bukan soal melayu. ini bukan soal cina. ini bukan soal india. ini soal hidup. semua orang mahu hidup. semua orang mahu aman. semua orang mahu harmoni. apa salah ke kalau tidur kita selaku cina dan india terganggu sedikit demi memenuhi keperluan saudara melayu kita? salah ke kalau kita selaku melayu pejam mata sikit kat daging babi yang dijual di pasar demi memenuhi hak saudara cina kita? salah ke melayu dan cina bersabar sikit kat traffic light semasa perayaan thaipusam demi memenuhi keperluan saudara india kita? apa ruginya? masalahnya bila kita tak menganggap satu sama lain sebagai saudara senegara. kita tak rasa semangat kekitaan dengan etnik lain. ini yang menyebabkan kita tak ada rasa ingin bertolak ansur antara satu sama lain.






sensitiviti


rakyat malaysia, selaku manusia yang berakal seharusnya bijak membezakan di antara hakikat yang terjadi dengan hakikat yang sebenar. apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu, tidak sama sekali mewakili agama atau etnik yang dianutinya. semua ajaran agama dan ajaran etnik menyuruh kepada kebaikan. lantas, sekiranya seseorang individu melakukan kejahatan, kejahatan yang dilakukan bukanlah disebabkan ajaran agama mahupun etnik, akan tetapi disebabkan kedangkalan ilmu individu itu sendiri. kita ambil contoh, kes pembakaran gereja oleh individu dipercayai orang melayu. bagaimana kita memandang pesalah ini? adakah "seorang melayu", "seorang islam" ataupun seorang lelaki yang melakukan kesalahan? islam tidak pernah mengajar umatnya membakar rumah ibadat penganut lain. melayu juga tidak mengajar kaumnya membakar sana sini. jadi siapa yang menyuruh pesalah itu membakar gereja? ilmunya. kedangkalan ilmunya yang menyebabkan dia bertindak sedemikian, bukan melayunya, atau islamnya. ketika dia melakukan perbuatan tersebut, dia telah ingkar terhadap ajaran islam dan tatacara orang melayu. kedangkalan ilmu dan nafsunyalah yang mendorong dia berlaku sedemikian. begitu juga dengan kes penghinaan solat oleh remaja kristian di sabah. ajaran kristiankah yang salah? negeri sabahkah yang salah? gerejakah yang salah? atau kedangkalan ilmu remaja itu yang salah? tentu sekali kekurangan ilmu remaja itu yang mendorong dia berkelakuan sedemikian. maka yang harus dihukum ialah remaja itu, bukan kristian mahupun etnik sabah. ini adalah isu-isu sensitif yang, jika tidak bijak ditangani, boleh mencetuskan perang saudara. rakyat malaysia harus sedar, bahawa ketika timbul sesuatu isu sensitif, perkara pertama yang perlu ada ialah ketenangan. tenang. jangan melenting. kaji dahulu setiap isu yang timbul. kemudian bersikap rasional. kaji rasional setiap isu itu timbul. adakah ia satu propaganda? ataupun ia satu bentuk hasutan yang sengaja ditimbulkan? ini yang harus dikaji dahulu sebelum bertindak melulu.







harmoni: nikmat yang mahal



aku sangat bersyukur dilahirkan di bumi malaysia yang bertuah. aku sangat bersyukur dikelilingi oleh kawan-kawan daripada pelbagai latar etnik dan agama. aku gembira mempelajari keunikan budaya di malaysia. mesti bosan kalau seluruh negara hanya sambut hari raya je. bukankah Allah menciptakan kita dari suku-suku dan bangsa-bangsa yang berbeza untuk saling mengenali? inilah nikmat hidup. bertaaruf antara satu sama lain. ketika orang lain bersusah payah merantau ke negara orang untuk mempelajari tentang etnik lain, kita di malaysia hanya perlu melangkah ke luar rumah dan terlihatlah diversiti yang mengagumkan di depan mata. sememangnya kita manusia yang tidak tahu bersyukur kepada tuhan masing-masing sekiranya nikmat ini kita musnahkan hanya kerana ego dan dan keras kepala. jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata berapi orang politik, kerana bila perang saudara dah mula nanti, orang-orang politik ni sume lari pegi luar negara, tinggal kita kat dalam negara yang berparang berkapak.