21 June 2011

di mana mulanya? di mana akhirnya? - part 2

laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...





...sambungan


maka seharusnya dipersetujui bahawa ada 'sesuatu' yang menjadi tempat bermula segala-galanya. ya, segala-galanya. siapa yang memulakan 'sesuatu' itu? tiada. 'sesuatu' itu tidak bermula. dia memang ada di situ. bila masanya dia ada disitu? kerana masa itu juga adalah suatu gerak, maka masa juga tertakluk kepada prinsip mula-proses-akhir. masa adalah suatu kejadian. ciptaan. maka ia juga punya tempat mula. masa itu pun bermula daripada 'sesuatu'. 'sesuatu' itu tidak tertakluk pada ruang dan masa. bahkan, 'sesuatu' itu tidak tertakluk kepada suatu apapun yang bisa ditanggapi oleh akal, kerana apa saja yang bisa ditanggapi oleh akal adalah suatu rupa/bentuk/entiti/jisim/jirim/gerak. dan apa saja yang tergolong di dalam rupa/bentuk/entiti/jisim/jirim/gerak, tertakluk di bawah undang-undang mula-proses-akhir. tidak, 'sesuatu' yang menjadi tempat bermulanya segala-galanya ini, tidak tertakluk dengan suatu apapun. dia hanya dia. 'sesuatu' yang kekal 'sesuatu'.





tengok pulak akhir. akhir adalah penamat gerak. penamat mula dan proses. akhir adalah berhenti. yang di namakan akhir itu tiada lagi gerak. tiada lagi dinamis. tiada lagi aktiviti. tiada lagi apa-apa. bila akhir datang, tiada lagi apa-apa.kosong.mati.habis. tapi, takkan semua ini - manusia, alam, langit, bumi, haiwan, perasaan, masa, ruang.....semuanya habis? lepas habis, kita ke mana? lepas musnah, kita ke mana? sekarang ini kita dalam keadaan sedar. lepas habis nanti, lepas mati nanti, bila dah akhir nanti.....ke mana kesedaran kita pergi? tidaklah dapat ditanggap oleh konsep akal, kita yang bermula, berproses, dan lepas itu berakhir, lepas itu tiada apa-apa. kosong.tidak. akal tak boleh menerima. jadi apa yang akal terima?




akal kata, musnah tu bukan akhir, tapi salah satu proses. matinya kita bukanlah akhir, tapi hanyalah salah satu daripada proses untuk mencapai peringkat akhir. apa peringkat akhir tu? peringkat akhir segala akhir. akhir, tapi bukan mati. akhir, tapi bukan tamat. akhir yang bergerak. ia adalah sebenarnya matlamat. akhir segala akhir adalah matlamat kita semua. penghujung yang eternal.



jadi, mulanya kita daripada permulaan segala mula, berproses, dan berakhir pada pengakhiran segala akhir yang eternal.


siapa yang menciptakan pengakhiran yang eternal? dialah 'sesuatu' itu.

0 Respon:

Post a Comment