21 June 2011

hak sama rata: wujudkah?

laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...





salam sejahtera diucapkan kepada semua yang berhak menerima salam. selawat dan salam kepada yang berhak menerima selawat. doa dan harapan kepada yang berhak menerima doa dan harapan. semoga kita mendapatkan apa yang sepatutnya kita dapat, bukan apa yang kita ingin.





hari ni aku nak citer pasal hak sama rata. isu yang paling hangat. paling panas. isu gender. isu lelaki dan perempuan. isu yang menyaksikan pertelingkahan paling bodoh di dalam sejarah manusia. isu yang telah mensyirikkan ramai orang.



apa itu hak sama rata? sebelum kita pergi kepada hak sama rata, terlebih dahulu kita mesti membahaskan soal hak. hal ini kerana, hak sama rata terdiri daripada 3 perkataan, iaitu hak, sama dan rata. apa makna hak? siapa tahu? semua orang suka bercakap pasal hak. bila bercakap pasal hak, semua orang jadi pandai. semua orang jadi sarjana. semua orang jadi professor. tetapi makna hak itu sendiri tidak dijelaskan sejelas-jelasnya. apa makna hak?



sebenarnya pengertian hak itu sendiri sangat rumit dan rencam. ini kerana ia terkait dengan konsep tauhid dan adil. akan tetapi artikel aku ni akan cuba untuk meringkaskan penerangan tentang hak supaya lebih jelas di mata korang. definisi hak ialah kepunyaan. milik. bahagian. share. kebenaran mengguna. kebenaran mengusaha. dari perspektif mikro, hak adalah kepunyaan seseorang idividu atau syarikat atau suatu entiti. akan tetapi, daripada mana seseorang individu, organisasi, syarikat dan entiti, mendapat hak itu? saya berhak ke atas tanah saya. daripada mana saya mendapat hak itu? daripada jual beli dengan seorang rakan. daripada mana rakan saya mendapat hak itu? dari transaksi dengan kerajaan. dari mana kerajaan mendapat hak itu? daripada undang-undang tanah. daripada mana undang-undang tanah mendapat hak itu? daripada perlembagaan. daripada mana perlembagaan mendapat hak itu? daripada mana? siapa pemilik asal tanah itu? inilah persoalan yang tidak dapat dijawab oleh perspektif mikro. dari sudut pandang perspektif makro, tanah dan segala sesuatu yang boleh digunapakai adalah hak milik pencipta asalnya, iaitu Allah. semuanya berasal daripada Nya. Dialah pemilik mutlak segala-galanya. lantas bagaimana kita boleh mendakwa bahawa kita mempunyai hak mutlak ke atas sesuatu?



segala-galanya milik Allah. rumah, tanah, anggota badan, otak, nafsu, keluarga, semuanya milik Allah. lalu, adakah tidak wujud hak-hak persendirian, kerana semuanya milik Allah? bolehkah aku menceroboh tanah orang lain?rumah orang lain? mengambil makanan yang mereka beli? mengambil anak bini mereka? mengapa tidak, bukankah semuanya hak Allah?



memang, semuanya hak Allah, akan tetapi, allah telah meminjamkan kepada manusia haknya itu sebagai nikmat di dunia, supaya kita bersyukur. dan dalam menggunakan sumber-sumber pinjaman ini - tanah, udara, air, makanan, pakaian, harta, keluarga, kita selaku peminjam tertakluk kepada aturan-aturan yang ditetapkan. sudah tentu bebelan ini tidak terpakai untuk mereka yang tidak mempercayai tuhan.



untuk mereka yang mempercayai bahawa seluruh alam ini adalah hak mutlak tuhan, mereka juga mempercayai bahawa tuhan telah berkenan melimpahkan segala kepunyaannya kepada manusia sebagai pinjaman, dan pinjaman ini disertakan dengan beberapa syarat, supaya semuanya mendapat bahagian masing-masing. supaya pembahagiannya adil. supaya setiap hamba mendapat bahagian yang sewajarnya. inilah hak menurut perspektif aku.done. masuk part seterusnya.





sama rata. ape menatang tuh? tau ke korang hak same rate tu ape? kalau stakat tengok kamus merriam webster pastu nak sembang ngan aku, toksah. memalukan diri sendiri je. definisi korang sendiri yang aku nak, definisi barat nak buat ape? kalau barat kate hak sama rata tu sejenis makanan musim salji pon korang nak pecaye jugak ke? kan masing-masing ade otak?


sama rata bermaksud tidak berbeza. mempunyai kadar yang serupa pada semua bahagian. ini sama rata.
kalau lelaki dapat dua posen, pempuan pon dapat dua posen jugak. kalau lelaki dapat sejuta, pompuan pon dapat sejuta jugak. suke tak pompuan kalau macam ni? suke? bagus. kalau lelaki pakai songkok pompuan pon kene pakai songkok jugak. suke tak pompuan? ha? tak suke? ape ni, kate same rate. so takde perbezaan lelaki dan pompuan la. kalau lelaki dalam lokap kene pakai spender je, pompuan pon kene la macam tu. baru la sama rata. stuju tak pompuan? ha? tak stuju? knape plak? kalau lelaki bawak 200 gram heroin hukumannye sebat, maka pempuan yang buat kesalahan yang sama pon patut hukum sebat jugak lah. suke tak pompuan? haa? tak suke? kenape pulak, kan korang yang memperjuangkan hak sama rata? sama rata kalau mengikut definisi sosiologi ialah peluang, tanggungjawab dan risiko itu tidak diberikan mengikut jantina, tetapi kelayakan. sekarang ni, di malaysia, dua orang melakukan kesalahan yang sama. mereka layak dikenakan hukuman sebat. tetapi sorang kene dan sorang lagi tak. mengapa? sebab yang sorang tu pompuan. die tak boleh kene sebat. kenape die tak boleh kne sebat? sebab die pompuan. mane same ratanya dalam hal ni? bile bab peluang, ganjaran, prospek keuntungan, kekayaan, kelebihan, sume pompuan nak sama rata, tapi bile bab risiko, kesakitan, tangungjawab sume tak nak sama rata. sume nak jadi pompuan balik. itu namanya opportunis.




sepatutnya,kalau pompuan kat mesia ni mengejar hak sama rata, kita sama ratakan semuanya sekali, baik dari segi peluang, tanggungjawab mahupun risiko. tapi yang terjadi, bile bab peluang dan tanggungjawab, sume sama rata, tapi masuk bab risiko je, sume faham jantina masing-masing. pelik sungguh. mengapa takde pompuan yang memperjuangkan hak sama rata untuk disebat? mengapa tidak ada pompuan yang memperjuangkan hak sama rata untuk di separuh bogelkan di dalam lokap?mengapa kita membeza-bezakan syarat kemasukan unit beruniform antara lelaki dan perempuan? mengapa latihan rekruit lelaki dan perempuan berbeza? mengapa kita membeza-bezakan lelaki dan perempuan dalam acara sukan di olimpik? kenape takde hak sama rata kat sini? kenape diam? mane sisters in islam, kenape tak perjuangkan hak ni? mane pejuang hak wanita, kenapa tak cakap pasal soal ni? sebenarnye, mostly yang memperjuangkan hak sama rata kat luar tu, tak tau pon hak tu apa.





sebenarnya hak dan adil adalah two faces of the same coin. mereka sama. tidaklah boleh memahami hak tanpa memahami konsep adil. hak=adil. adil= berjalan mengikut fungsi. jadi hak=berjalan mengikut fungsi. apa fungsi perempuan? apa fungsi lelaki? kita percaya bahawa tuhan tu adil. kita percaya tuhan menciptakan sesuatu bertujuan, bukan sia-sia. tapi kita gagal memahami diri kita sendiri. mengapa tuhan menjadikan perempuan lembut fizikalnya, kecil molek badannya, halus kulitnya, sensitif jiwanya, tetapi penciptaan lelaki sama sekali berbeza? adakah penciptaan ini sia-sia atau ia bertujuan memenuhi sesuatu fungsi?




pasti mempunyai fungsi. oleh kerana di awal penciptaannya sudah berbeza, maka fungsi, tanggungjawab dan keperluan juga berbeza. perempuan diciptakan dengan fizikal yang lemah lembut, lantas mereka tidak sesuai untuk beraksi di luar rumah, memotong kayu, meredah hutan, membanting tulang empat kerat. akan tetapi tuhan menyiapkan perempuan dengan jiwa yang sentimental, fikiran yang partikular dan naluri yang kuat, sesuai untuk kerja-kerja pengurusan. perempuan adalah pengurus yang terbaik, bukan lelaki. jantan-jantan sekalian, tak payah nak melenting, ni bukan aku reka cerita, tapi memang perempuan diciptakan macam tu. hanya perempuan yang mampu menguruskan banyak bende pada satu masa dan bende yang diuruskan itu hasilnya memuaskan. kalau bagi kat laki, memang tunggang tebalik la jadinya. perempuan diciptakan tuhan untuk menguruskan rumah, isi rumah dan lelaki sekali. lelaki tak boleh menguruskan diri mereka. lelaki tak pandai urus diri. boleh urus, tapi tak sepandai, secekap dan sekemas perempuan. ini hakikat. kalau dah gitu, ape pulak tugas lelaki? takkan lelaki ni takde tugas? kalau lelaki takde tugas, maka penciptaan lelaki adalah sia-sia.






ada. tugas lelaki tetap ada. apa tugas lelaki? tugas lelaki adalah mengurus dunia. membuat keputusan. membuat pertimbangan rasio. membuat penganalisaan kritis. bukan kreatif. lelaki tak sekreatif perempuan. tetapi lelaki lebih kritis daripada perempuan. perempuan mengurus lelaki, dan lelaki mengurus dunia. ini yang tuhan dah tetapkan untuk manusia. sebab itu diciptakan perempuan berpasangan dengan lelaki. sebab, suka ataupun tidak, lelaki tidak lengkap tanpa perempuan, dan begitulah sebaliknya. sape yang kate hidupnya lengkap tanpa pasangan, maka dia lebih hebat daripada tuhan, sebab tuhan kata dia perlukan pasangan, tapi dia kata dia tak perlu. mengapa perempuan tak perlu mengurus dunia? sebab perempuan dilepaskan daripada tanggungjawab itu. sedangkan lelaki tuhan amanahkan untuk memakmurkan dunia, perempuan diamanahkan untuk memakmurkan rumah tangga. lelaki ditugaskan tuhan menjadi pemimpin. apa buktinya? buktinya semua nabi dari kalangan lelaki. mengapa tuhan jadikan lelaki sebagai nabi? takde sebab ke? sia -sia ke? tak, supaya manusia boleh mengambil contoh daripada kejadian tuhan tu. sume lelaki diamanahkan untuk membimbing manusia, sedangkan perempuan terlepas daripada amanah ini. perempuan tidak akan disoal tentang urusan dunia, politik, pembahagian sumber ekonomi dan sebagainya di akhirat kelak. semuanya diletakkan di atas bahu lelaki. jadi, adakah ini bermaksud perempuan tak boleh berjual-beli di pasar? tak boleh berniaga? tak boleh memohon jawatan manager bank? tak boleh jadi perdana menteri?




jawapannya boleh. apa sahaja yang lelaki buat perempuan boleh buat. bekerja, berniaga, lumba lari, berenang, bersiar-siar, memanah, berkuda, menjadi manager bank, nak jadi perdana menteri pon boleh.laa, tadi kata pemimpin tak boleh pompuan, sekarang jadi perdana menteri boleh pulak, ape ni?



sape kate perdana menteri tu pemimpin? sape kate? aku kate ke? korang yang pandai-pandai kate kan? salah. perdana menteri bukan pemimpin. perdana menteri adalah pengurus negara. tugas perdana menteri menguruskan negara, bukan memimpin ummah. yang dimaksudkan sebagai pemimpin, ialah pemimpin ummah.imam. memimpin ummah dalam menuju kepada tujuan yang satu. memimpin ummah dalam melakukan keputusan politik. memimpin ummat dalam cara hidup, contoh tauladan, ilmu dan sebagainya. ini adalah tugas mutlak lelaki tanpa boleh dicampur tangan oleh perempuan. mana-mana lelaki yang memberikan tanggungjawab memimpin ini kepada perempuan, sesungguhnya dia telah zalim kepada diri sendiri, masyarakat dan kepada aturan tuhan. dan mana-mana perempuan yang memaksa untuk mengambil alih peranan ini daripada lelaki, maka dia dan lelaki-lelaki yang membenarkannya telah menzalimi ketetapan tuhan.



lelaki ada fungsinya. perempuan pon ada fungsinya. kedua-duanya sama darjatnya di sisi allah. yang membezakannya di dunia adalah fungsi, sedangkan di akhirat adalah takwa. menjadi seorang perempuan bukan bermaksud anda lebih rendah daripada lelaki. menjadi seorang lelaki bukan bermaksud anda lebih tinggi daripada perempuan. tinggi di sini adalah darjat, bukan kelebihan. darjat lelaki dan perempuan sama di sisi tuhan. akan tetapi dari segi kelebihan, lelaki dilebihkan oleh yang maha pencipta dengan kelebihan fizikal, penganalisaan, kecergasan dan stamina. kelebihan ini bukanlah untuk menunjukkan ketinggian lelaki daripada perempuan, akan tetapi semata-mata untuk mempersiapkan lelaki dengan amanah yang dipertanggungjawabkan di bahu mereka. cara lelaki dan wanita mencapai ketinggian darjat juga berbeza. lelaki mencapai ketinggian darjat dengan cara menguruskan dunia dengan adil, memenuhi nafkah kepada isteri, menjaga keselamatan isteri dan sebagainya, sementara isteri mencapai ketinggian darjat dengan menjaga maruah dirinya, tutur katanya, tingkah lakunya melunaskan tanggungjawab kepada suami dan anak-anaknya. perbezaan kejadian, fungsi, hak dan tanggungjawab inilah yang mesti difahami oleh kedua-dua lelaki dan perempuan dengan sebaik-baiknya sebelum bercakap tentang perlanggaran hak.




wujudkah hak sama rata?



terdapat beberapa jenis hak, iaitu hak umum dan hak khusus. hak umum adalah seperti hak untuk bernafas, makan, minum, bergerak, dan lain-lain hak yang asasi. hak ini tertakluk kepada semua orang. seterusnya hak khusus. hak khusus adalah hak yang diperuntukkan kepada seseorang secara undang-undang. undang-undang mana? undang-undang tuhan. hanya tuhan yang berhak menentukan hak ini. hak ini khusus mengikut apa yang telah ditentukan. contoh hak khusus ini ialah hak untuk mencari nafkah dan memimpin yang dianugerahkan kepada lelaki dan hak melahirkan, membesarkan anak menguruskan rumah tangga yang dianugerahkan kepada perempuan. apabila bercakap mengenai soal hak sama rata, sebenarnya secara tidak langsung kita sedang menzalimi atau menindas perempuan. ini kerana, dengan menyetujui konsep hak sama rata, kita bersetuju untuk membahagikan tanggungjawab lelaki, iaitu mencari nafkah, kepada dua. akan tetapi tanggungjawab melahirkan, menyusukan ini tidak dikongsi lelaki. tidak mungkin lelaki dapat berkongsi kesakitan melahirkan anak. jadi, secara ringkasnya, apabila kita menggunapakai konsep hak sama rata, kita bersetuju bahawa:


tugas suami=mencari nafkah+ menjaga keselamatan+ menguruskan rumah tangga

tugas isteri=mencari nafkah+ melahirkan anak+ menjaga keselamatan+ menguruskan rumah tangga


di mana adilnya? apakah ini dinamakan adil, berbanding konsep islam, yang menegaskan bahawa:




tugas suami= mencari nafkah+ menjaga keselamatan

tugas isteri= melahirkan anak+menguruskan rumah tangga




jelas, konsep hak dalam islam lebih menyeluruh daripada konsep barat. hal ini kerana islam memandang semua aspek yang terlibat, seperti fizikal, emosi, akal, keperluan, ketahanan, syariat dan sebagainya. sedangkan barat hanya berteraskan kepada konsep "apa kau buat aku boleh buat" tanpa memandang kepada pembolehubah yang lain.



tapi kalau suami-isteri bekerja macam mana?



seharusnya setelah berkahwin, suami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keperluan nafkah dan perbelanjaaan rumah. walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, tuntutan hidup semakin meningkat menyebabkan para isteri juga terpaksa keluar bekerja bagi menampung keperluan keluarga. memandang kepada hal ini, islam menetapkan bahawa sang suami, sebagai timbal balas terhadap kemurahan hati isteri keluar bekerja untuk menampung hidup, haruslah sama-sama membantu isteri melakukan apa sahaja tugas yang melibatkan keluarga. sungguhpun demikian, masih juga didapati sedikit ketidak adilan kerana perempuan tetap menanggung beban melahirkan anak secara seorang diri.

0 Respon:

Post a Comment