23 June 2011

kebebasan beragama: suatu pencerahan

laa ikraha fiddin. telah jelas kebenaran daripada kebatilan...




salam sejahtera buat yang berhak menerima salam. selawat dan salam buat yang menerima selawat. segala puji kepada yang maha mencipta, kasih sayangnya tidak terukur dengan suatu apapun. maha suci tuhan yang tetap saja menyayangi makhluknya, meskipun sedikit sekali yang bersyukur.




satu lagi tajuk yang gempak lagi mengerikan daripada aku. kebebasan beragama. tajuk yang sensitif. tajuk yang kumpulan sasarannya meliputi satu dunia. kepada abang jais, abang isa dan kak esbee, jangan lekas curiga. artikel ini adalah artikel ilmiah. perbahasan selepas ni dilakukan secara ilmiah, logik, bukan emosi. semuanya fakta, bukan sentimen. silakan membatalkan pendapat saya sekiranya ada pembaca yang mempunyai hujah lain. saya bukan maksum. apa yang saya tulis melambangkan tingkat ilmu saya. dan tingkat ilmu saya bukanlah yang paling tinggi dalam negara. tidak perlu membenarkan saya, cukup membenarkan akal sendiri.





kebebasan beragama sememangnya merupakan topik yang paling taboo, lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai citra yang pelbagai. disebabkan sifatnya yang 'mudah meletup', topik ini sering disalahgunakan untuk kepentingan orang-orang tertentu. walau bagaimanapun, menutup ruang bagi perbincangan topik ini juga bukanlah suatu langkah yang wajar sebagai seorang manusia. semua permasalahan yang kabur haruslah dijelaskan, tetapi dalam ruang lingkup akhlak yang tertentu, supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, sementelah lagi skop topik ini mengenai semua orang yang beragama.





apakah sebenarnya pengertian kebebasan beragama? apakah wujud kebebasan beragama? adakah semua orang bebas memilih?




sebenarnya terdapat kekeliruan umum dalam masalah definisi, yang akhirnya mengakibatkan salah interpretasi terhadap maksud kebebasan beragama. kekeliruan yang dimaksudkan ialah kekeliruan di antara kebebasan agama dan kebebasan beragama. apakah perbezaan di antara keduanya?




agama



sebelum kita pergi lebih jauh, terlebih dahulu kita harus membahaskan tentang agama. apa itu agama? agama adalah cara hidup. aturan manusia. bagaimana manusia seharusnya berfungsi. doktrin. inilah agama. sesiapa yang mengaplikasikan konsep karl marx ke dalam hidupnya, maka agamanya adalah komunisme. siapa yang mengaplikasikan konsep adam smith ke dalam hidupnya, maka agamanya adalah kapitalisme. agama bukan sekadar sembahan. agama bukan sekadar amal ibadah. agama bukan sekadar ritual. ia jauh melangkaui semua itu. agama adalah jalan yang sepatutnya dilalui oleh manusia. jalan ke mana? tentunya jalan kembali kepada tuhan dengan selamat. selamat daripada terpesong. sebelum kita mengenalpasti jalan yang mana harus diikut untuk sampai ke destinasi, terlebih dahulu kita haruslah mengenalpasti destinasi itu, sama ada wujud atau tidak. tiada guna berjalan beribu batu hanya untuk mendapati bahawa destinasi yang dikejar tidak wujud. oleh itu, sebelum memilih jalan (agama) ke destinasi (tuhan), harus dipastikan kewujudan destinasi (tuhan ) terlebih dahulu. penerangan lanjut KLIK SINI. setelah kita pasti bahawa destinasi itu wujud, maka barulah kita memilih jalan yang tepat menuju destinasi.





kebebasan agama



apabila kita bercakap soal, agama, soal cara hidup, soal jalan yang sepatutnya dilalui oleh manusia, kita sedang bercakap tentang perkara yang bermain dengan konsep benar dan salah. perkataan 'sepatutnya' di dalam rangkai kata "jalan yang sepatutnya dilalui", telah mengecilkan ruang perbahasan kepada benar dan salah. perkataan itu menandakan tertutupnya ruang untuk subjekif mengambil tempat di dalam perbincangan. agama ialah jalan yang mana patut dilalui, bukan jalan yang mana boleh dilalui. untuk memudahkan pemahaman, kita tukarkan jalan kepada makanan. apakah perbezaan di antara "apakah yang patut dimakan?" dengan "apakah yang boleh dimakan?" untuk pertanyaan apakah yang boleh dimakan, jelas jawapan bagi persoalan itu subjektif, kerana semua benda benda yang bersaiz gigit (bite size) boleh dimakan. nasi, daging, sayur, ayam, kaca, batu kerikil, serpihan kayu, cicak, lipas, cengkerik, racun, apa sahaja. cuma masukkan ke dalam mulut, kunyah dan telan. akan tetapi, persoalan apakah yang patut di makan, jelas jawapan bagi soalan ini berbentuk objektif. yang seharusnya dimakan adalah makanan yang halal, berkhasiat dan dalam kuantiti yang sederhana. ini yang seharusnya di makan.



sekarang, cuba relatekan analogi tadi dengan agama. agama manakah yang boleh diikut? nyata, semua agama boleh diikut. akan tetapi agama manakah yang patut diikut, jawapannya hanya satu. adalah menjadi suatu tanggungjawab kepada manusia untuk membezakan benar dan batil. untuk mereka terus berdegil dan berada dalam jalan yang tidak sepatutnya, itu terpulang, akan tetapi untuk mengatakan yang tidak patut sebagai patut,yang batil sebagai benar, itu harus didebatkan dulu. justeru, agama secara teorinya, tidak mempunyai kebebasan.



kebebasan beragama




kebebasan beragama pula, walau bagaimanapun, berbeza daripada kebebasan agama. kebebasan beragama adalah suatu keadaan di mana, walaupun penjelasan sudah dibuat, terdapat beberapa golongan yang masih berpegang dengan kepercayaan mereka. mungkin mereka takut hendak mengakui kebenaran atas sebab-sebab tertentu. mungkin mereka masih tak biasa dengan sesuatu yang baru. mungkin agak susah mereka meninggalkan kepercayaan bertahun-tahun. mungkin logik dan iman tidak boleh bercampur. tak kiralah apa pun sebabnya, apabila sempurna hujah kita keatas mereka dan mereka masih ingin kekal dengan kepercayaan mereka, kita katakan kepada mereka:




لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ



"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)"

(Al-Baqarah: Ayat 256)




لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ



Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

 (Surah Al-Kafirun: Ayat 6)



 ini adalah jawapan kita kepada mereka yang, setelah melalui proses perdebatan yang rasional, masih menolak untuk mengakui kebenaran. kita berlepas diri. selesai sudah hujah kita ke atas mereka. walau apapun pendirian mereka, mereka tetap manusia, dan selaku manusia, mereka mempunyai hak-hak yang mesti dipelihara. andainya mereka berada dibawah naungan kita, maka adalah tanggungjawab kita untuk melindungi harta, nyawa dan kehormatan mereka. tidaklah boleh, bahkan haram bagi kita untuk sewenang-wenangnya menzalimi mereka atau menidakkan hak mereka sebagai manusia hanya kerana mereka berbeza pendapat dengan kita. bagaimanapun, usaha dakwah harus diteruskan dengan akhlak yang paling terpuji dengan harapan hati mereka akan lembut untuk menerima kebenaran.




 kebebasan melanggar perintah agama



 ada pula pendapat-pendapat yang menyalahtafsirkan surah al-baqarah ayat 256 ini sebagai kebebasan untuk mematuhi atau melanggar aturan-aturan syariat bagi orang yang beragama islam.



"sukati aku la nak puase ke tak, kan dalam quran kate takde paksaan dalam beragama?"



ini adalah pengertian yang sama sekali salah di dalam islam. perkataan 'laa ikraha fiddin' bermaksud tiada paksaan dalam memilih agama sebagai anutan hidup. kepada yang sudah memilih islam sebagai cara hidup, terdapat beberapa tatacara, aturan, ketetapan, perintah yang mesti kita laksanakan. memilih bermaksud setuju untuk tertakluk. apabila kita sudah memilih, kita sudah bersetuju untuk tertakluk kepada undang-undang dan prinsip yang termaktub di dalam al-quran. no turning back. dengan berbaiat kepada islam, kita bersetuju untuk mentaati suruhan dan menghindari larangan. akan tetapi, siapa yang nak menguatkuasakan itu semua? tak kiralah islam larang macam mana sekalipun, kalau aku langgar jugak aturan, siapa nak marah? siapa nak tahan? siapa nak bangkang?




daulah islamiyyah




 selaku doktrin, cara hidup, tatacara, aturan, deen dan sebagainya lagi yang di atribusikan kepada islam, ia bukanlah satu agama spiritual semata-mata. juga tidaklah ia suatu doktrin materialisme semata-mata. akan tetapi islam selaku set of living conduct, menyediakan keseimbangan kepada kedua-dua aspek tersebut. keseimbangan antara materialisme dan spiritualisme. keseimbangan antara dunia dan akhirat. inilah islam. islam itu merangkumi perkara daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar. daripada adab bangun tidur sehinggalah adab berpolitik dengan orang lain. daripada doa memakai baju hinggalah doa semasa berperang. islam adalah set aturan hidup yang paling lengkap. selaku aturan hidup, tidak dapat tidak ia pasti melibatkan politik. hal ini kerana, aturan-aturan islam hanya dapat dikuatkuasakan dengan tertubuhnya daulah islamiyyah, iaitu negara islam. islam hanya lengkap pengoperasiannya dengan terlaksananya daulah islamiyyah. kerana apa? kerana segala ganjaran, hukuman, keistimewaan, tangungjawab dan aturan yang terdapat di dalam islam hanya boleh dikuatkuasakan dengan tertubuhnya negara islam, kerana hanya negara yang menjadikan islam sebagai perlembagaan sahaja yang mampu untuk melindungi islam dari sudut perlaksanaan. islam tanpa daulah islamiyyah, hanya akan kekal sebagai pemberi ingatan, bukan pelaksana. contohnya, islam menetapkan bahawa hukuman bagi pencuri adalah potong tangannya. tetapi hukuman ini hanya boleh dilaksanakan di negara yang mengambil islam sebagai konstitusi, atau perlembagaan. umat islam di perancis dan britain misalnya, tidak tertakluk kepada perlaksanaan hukuman ini walaupun mereka mencuri. tidaklah boleh mana-mana individu muslim memandai-mandai memotong tangan si pencuri di negara yang bukan bertunjangkan islam, meskipun si pencuri itu islam. sebaliknya, hukuman perlu diserahkan kepada pihak yang berkuasa. islam di negara yang tidak bertunjangkan islam, hanya berfungsi sebagai pemberi ingatan, bukan pemberi hukuman. untuk sesebuah negara itu mendokong islam sebagai perlembagaannya, wajiblah ia mendapat persetujuan majoriti ummat. persetujuan ini pula bukanlah paksaan, sebaliknya di atas kesedaran mereka sendiri melalui proses dakwah yang tidak pernah berhenti.




kesimpulan


itulah tadi sedikit peerangan daripada aku mengenai kebebasan agama. rasenya aku dah cover semua aspek yang termampu. kalau ade lompang-lompang atau kekurangan, jangan segan-segan untuk membetulkan artikel di atas. ok lah, jumpe lagi next post, babai.

0 Respon:

Post a Comment