20 June 2011

di mana mulanya? di mana akhirnya?

la ikraha fiddin. telah nyata kebenaran daripada kebatilan.





mula. satu perkataan. sebuah kata kerja. apakah definisi mula? mula bermaksud pergerakkan sesuatu buat pertama kali. mula adalah inisiatif. mula adalah kepala setiap proses. tanpa mula tidak akan ada proses. tanpa mula tidak akan ada hasil. tanpa mula tidak akan ada segala-galanya. mula adalah pencetus segala-galanya.




akhir. satu perkataan. sebuah kata kerja. kata kerja yang tidak bekerja. apakah definisi akhir? akhir bermaksud penamat sesuatu yang bermula. penamat sesuatu yang sedang berlaku. pemberhenti sesuatu yang sedang bergerak. akhir adalah ekor. tiada proses selepas akhir. akhir adalah matlamat. matlamat adalah akhir. akhir adalah hujung. tiada apa-apa lagi selepas akhir.




mula adalah kepala, proses adalah badan, dan akhir adalah ekor. ini adalah asas kepada sesuatu. segala sesuatu. semua sesuatu. tidak ada apa-apa yang terjadi tanpa 3 asas utama ini. seluruh alam terjadi dengan 3 asas ini.



bayangkan diri anda. anda sedang berada di tengah-tengah bandar yang sibuk. bangunan pencakar langit merata-rata, lalu lintas sesak, habuk, debu, bising, hingar, sampah, lanyau, limbah. pokok-pokok hidup segan mati tak mahu. sekeliling adalah ekonomi. muamalah. tijarah. bisnes. urusniaga. transaksi. setiap saat ada transaksi. setiap saat ada urusniaga. manusia berlari-lari anak memenuhi keperluan hidup. manusia dan mesin sama-sama bekerja. 24 jam. 7 hari seminggu. tak berhenti-henti. rajin manusia dan mesin bekerja bagai semut membina sarang. seolah-olah sedang menyiapkan sesuatu tujuan. hanya saja tujuan itu tidak pernah tercapai.mengapa tujuan itu tidak pernah tercapai? kerana yang dianggap sebagai tujuan itu, tidak lain hanyalah proses. mengapa mereka menganggap proses sebagai tujuan? kerana mereka tidak pernah kenal apa itu tujuan. mereka tidak ada tujuan. bila tak ada tujuan hati jadi kosong. manusia tidak boleh hidup dengan hati kosong. lalu apa yang tinggal untuk dijadikan tujuan? proses. masukkan proses ke dalam hati. jadikan proses sebagai tujuan. sekarang mereka dah ada tujuan. mereka sangat gembira setelah menemui tujuan. mereka pun mengejar tujuan itu dengan sepenuh hati. isnin, selasa, rabu khamis, jumaat, sabtu, ahad, semuanya untuk tujuan itu. saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam. hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. dalam tak sedar, sudah berdekad-dekad lamanya mereka mengejar tujuan. tetapi mengapa tidak sampai-sampai? kelihatannya tujuan itu dekat sekali, seakan boleh digapai dengan hujung jari telunjuk. tapi mengapa tak sampai- sampai? patah tumbuh hilang berganti. manusia hidup dan mati silih berganti memenuhi muka bumi, akan tetapi tujuan itu tidak pernah sampai. sudah banyak generasi yang mengejarnya, tetapi tetap juga tidak tergapai. apa ni? sampai bila kita nak terus mengejar tujuan yang tak boleh tercapai ni? dia menjerit.kuat.tapi tak ada orang pun yang dengar. semua sibuk mengejar tujuan yang tak tercapaikan itu. bandar itu terus sibuk. manusia meneruskan rutin mereka, tanpa mengambil peduli dia yang sedang menjerit. manusia terus bergerak, dan bergerak, meyakini dengan sepenuh hati akan sampainya mereka kepada tujuan. begitulah dunia.


manusia terus bergerak tanpa henti. persoalannya ke mana?






stop. berhenti. hentikan bayangan anda. hentikan tayangan gambar di otak anda. tak kisah di manapun anda berhenti, berhenti. sekarang, satu soalan: di mana mulanya? di mana mulanya bandar yang sibuk ini? di mana mulanya bandar yang bising ini? di mana mulanya manusia yang berlari-lari anak mengejar tujuan yang taktersampaikan ini? di mana mulanya mesin-mesin ini? di mana mulanya semua ini? rewind semula otak kita. rewind. laju lagi. cari di mana titik mulanya kita. kita adalah gerak. setiap gerak adalah proses, maka kita adalah proses. selaku proses, kita adalah badan, dan mula adalah kepalanya. di mana mulanya kisah kita ini? di mana kepalanya kisah kita ini?



bermulanya kita daripada ada. dengan ada baru kita bermula. tanpa ada tidak ada mula. ada orang kata ada itu adalah mula. ada adalah mula, dan mula adalah ada. kita adalah kita pada hari ini, kerana kita ada. kalau kita tidak ada, maka hari ini juga tidak ada. kalau hari ini diwujudkan oleh kita, dan kita diwujudkan oleh mula, maka siapa yang mewujudkan mula? siapa yang mewujudkan kita? mula itu sendiri suatu kejadian. suatu penciptaan. yang namanya ciptaan, pasti ada yang mencipta. oleh itu siapa pencipta kita?




yang menciptakan kita adalah ibu bapa kita. melalui tiga unsur yang sama, mula, proses dan tamat. setiap yang namanya ciptaan, pasti ada tiga unsur ini. maka kita juga ada. kita, dalam konteks manusia, adalah hasil. mulanya ibu dan bapa, prosesnya perkahwinan, dan akhirnya adalah kita. tetapi masalahnya, ibu bapa kita, seperti juga kita, adalah ciptaan. dan mereka juga terikat dengan 3 unsur yang sama. maka siapa yang memulakan mereka? maka ibu bapa mereka. siapa yang memulakan ibu bapa mereka? maka ibu bapa kepada ibu bapa mereka. maka siapa pula yang memulakan ibu bapa kepada ibu bapa mereka? maka ibu bapa kepada ibu bapa kepada ibu bapa mereka. dan jalur mula-proses-akhir ini, akan tertarik secara vertikal. tidak putus-putus hingga sampai kepada manusia yang pertama, adam. masalahnya, adam juga suatu ciptaan. maka dia juga tertakluk di bawah hukum mula-proses-akhir. maka siapa yang memulakan bapa segala manusia, adam? oh, tanah rupanya. adam diciptakan daripada tanah. tamatkah? tidak. mengapa? kerana tanah juga adalah ciptaan. dia juga tersangkut dengan 3 aturan tersebut. maka siapa yang memulakan tanah? oh, big bang rupanya. tamatkah?tidak juga? mengapa? kerana big bang juga suatu ciptaan. maka siapa yang memulakan big bang? sebelum dia 'bang', dia mesti ada dahulu. maka siapa yang meng 'ada' kan big bang?siapa yang memulakan big bang? siapa yang memulakan mula? siapa yang memulakan segala-galanya?





aku pasti.pasti adanya 'sesuatu' yang menjadi permulaan segala mula. dari 'sesuatu' itulah seluruh alam ini bermula. adakah sesuatu itu juga ciptaan? tidak! 'sesuatu' itu tidak boleh merupakan ciptaan, kerana setiap yang namanya ciptaan pasti akan terikat dengan mula-proses-akhir, dan setiap yang terikat dengan aturan itu bukanlah permulaan segala mula, melainkan ada lagi yang memulakannya. aku sedang bercakap tentang 'sesuatu' yang absolut. sebagai pemula segala mula, tidak ada yang terjadi sebelum 'sesuatu' ini. tidak ada. kalau ada, maka 'sesuatu' itu bukan permulaan segala mula, melainkan dibelakangnya itulah permulaan segala mula.












bersambung....

0 Respon:

Post a Comment